Sejarah SPDRM (PVR)

LATAR BELAKANG PVR

Pasukan Sukarelawan Polis (Police Volunteer Reserve Force) adalah sebuah pasukan yang mana ianya merupakan suatu cawangan didalam PDRM. Ianya diiktiraf oleh pihak kerajaan melalui sumbangan-sumbangannya yang efektif lagi konsisten, dan penubuhannya adalah sebagaimana tercatat dalam lunas perundangan melalui apa yang tertera dan didokumentasikan di dalam Sek 34 hingga Sek 46, Akta Polis 1967. 

Kewujudannya adalah sebelum negara Malaysia mencapai kemerdekaan lagi iaitu ketika mana sebelum timbulnya saat sukar dan genting zaman darurat di Persekutuan Tanah Melayu. Dahulu ianya ibarat suatu penglibatan masyarakat setempat atau penempatan desa dan juga pinggir bandar bagi maksud membantu pihak berkuasa iaitu Federation of Malaya Police, dan tiada istilah khusus mengenainya. Pihak kolonial melalui persepsinya ketika itu memanggilnya dengan panggilan "Auxiliary Police" atau Polis Bantuan, dan yang mana ketika itu sebenarnya adalah masyarakat awam yang sukarela untuk berbakti tanpa menuntut saraan bulanan. 

Sukarelawan, Polis, Auxiliary Police atau Polis Bantuan adalah dua pertubuhan berbeza dari segi penugasan dan juga pembatasan kuasanya.

Sukarelawan Polis dari sebelum merdeka hingga kini ianya terus wujud dan masih relevan bagi membantu pihak PDRM membanteras jenayah dan juga mendekatkan polis dengan masyarakat. Kekuatan PVR Kuala Lumpur ini pada masa sekarang ialah hampir 400 orang yang terdiri dari kalangan pegawai dan juga anggota. Pasukan Sukarelawan Polis di Kontinjen SELANGOR adalah mereka yang mempunyai latar belakang yang berbagai dari kalangan profesional seperti peguam, jurutera, doktor, pensyarah, arkitek, pengurusan korporat hinggalah pekerja kelas pertengahan seperti perguruan, perkeranian dan penyeliaan. Sebahagian mereka juga mempunyai perniagaan sendiri dan menjadi usahawan berjaya tetapi masih ingin menyumbang bakti untuk negara Malaysia yang tercinta. 

Sukarelawan Polis adalah suatu platform yang begitu amat bernilai untuk mendekatkan hubungan antara orang awam dengan pihak polis itu sendiri. Melalui pendedahan tugas dan juga ilmu kepolisan yang di pelajari serta turut dipraktikkan akan memberi suatu gambaran tepat dan sebenar fungsi - fungsi dan tugas semasa yang dilakukan oleh pihak polis.


SEJARAH PDRM DAN PASUKAN SUKARELAWAN POLIS

v  25 Mac 1807 - Pegawai British pertama menjadi ketua polis berpangkat Sheriff.

v  1825 - Penubuhan Burglar Guard di Melaka bagi mengawal keselamatan pelabuhan dan persekitarannya ketika itu.

v  1856 - Negeri Pulau Pinang, Melaka dan Singapura telah digabungkan dan wujudlah Straits settlement of Police.

v  1874 - British meluaskan jajahan takluknya di negeri Perak, Negeri Sembilan dan Pahang, serta melengkapkan negeri - negeri tersebutu dengan pasukan polisnya.

v  1896 - Penubuhan pasukan Polis negeri - negeri Tanah Melayu.

v  1946 - Malayan Union digagaskan, dan Polis Tanah Melayu di tukar nama kepada Polis Malaya dan beribu pejabat di Kuala Lumpur.

v  1948 - Polis Malaya ditukar nama kepada Federation of Malaya Police.

v  1948 - Darurat di Tanah Melayu, menyebabkan penubuhan Kawalan Keselamatan Kampung, Sukarelawan Polis dan juga Polis Bantuan bagi menjaga keamanan negara dan juga aset - aset pihak British sehinggalah tamatnya darurat.

v  1956  - Police Volunteer Reserve (PVR) ditubuhkan secara rasmi lanjutan dan rentetan kecemerlangan dan jasa - jasa dari peristiwa darurat dan bagi tujuan pengawasan wujudlah Police Volunteer Regulations 1956.

v  1957  - Auxiliary Police (AP) atau Polis Bantuan telah dimansuhkan oleh PDRM.

v  24 Julai 1958 - DYMM Yang Dipertuan Agong memberi gelaran Di Raja (Royal)

v  16 Sept 1963 - Negara Malaysia ditubuhkan dan semua pasukan polis di Sabah, Sarawak, Singapura, dan negeri-negeri di Semenanjung digabungkan menjadi satu pasukan polis sahaja.

v  1965 - Polis Singapura keluar dari pasukan kerana negara tersebut menjadi Republik yang berasingan dari Malaysia.

v  1967 - Akta Polis 1967 diwujudkan selepas Singapura keluar dari Malaysiadan telah di draf pada Tahun 1965. Akta tersebut setelah mendapat perkenan DYMM Agong ketika itu menggunakan perkataan DiRaja kepada Pasukan PDRM (Tetap), Sukarelawan Polis dan Polis Simpanan (bekas Pegawai Kanan PDRM bersara sehingga umur 60 tahun) - Rujuk akta.

v  1970 - Polis Bantuan telah diwujudkan semula dengan objektif yang berbeza berbanding tahun 1948, dan pada awalnya hanya syarikat - syarikat atau badan berkanun ekuiti kerajaan sahaja yang layak menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri.

0 comments: