LATAR
BELAKANG PVR
Pasukan Sukarelawan Polis (Police Volunteer Reserve
Force) adalah sebuah pasukan yang mana ianya merupakan suatu cawangan didalam
PDRM. Ianya diiktiraf oleh pihak kerajaan melalui sumbangan-sumbangannya yang
efektif lagi konsisten, dan penubuhannya adalah sebagaimana tercatat dalam
lunas perundangan melalui apa yang tertera dan didokumentasikan di dalam Sek 34
hingga Sek 46, Akta Polis 1967.
Kewujudannya adalah sebelum
negara Malaysia mencapai kemerdekaan lagi iaitu ketika mana sebelum
timbulnya saat sukar dan genting zaman darurat di Persekutuan Tanah Melayu.
Dahulu ianya ibarat suatu penglibatan masyarakat setempat atau penempatan desa
dan juga pinggir bandar bagi maksud membantu pihak berkuasa iaitu Federation of
Malaya Police, dan tiada istilah khusus mengenainya. Pihak kolonial melalui
persepsinya ketika itu memanggilnya dengan panggilan "Auxiliary
Police" atau Polis Bantuan, dan yang mana ketika itu sebenarnya adalah
masyarakat awam yang sukarela untuk berbakti tanpa menuntut saraan
bulanan.
Sukarelawan, Polis, Auxiliary Police atau Polis
Bantuan adalah dua pertubuhan berbeza dari segi penugasan dan juga pembatasan
kuasanya.
Sukarelawan Polis dari sebelum merdeka hingga kini
ianya terus wujud dan masih relevan bagi membantu pihak PDRM membanteras
jenayah dan juga mendekatkan polis dengan masyarakat. Kekuatan PVR Kuala Lumpur
ini pada masa sekarang ialah hampir 400 orang yang terdiri dari kalangan
pegawai dan juga anggota. Pasukan Sukarelawan Polis di Kontinjen SELANGOR
adalah mereka yang mempunyai latar belakang yang berbagai dari kalangan
profesional seperti peguam, jurutera, doktor, pensyarah, arkitek, pengurusan
korporat hinggalah pekerja kelas pertengahan seperti perguruan, perkeranian dan
penyeliaan. Sebahagian mereka juga mempunyai perniagaan sendiri dan menjadi
usahawan berjaya tetapi masih ingin menyumbang bakti untuk
negara Malaysia yang tercinta.
Sukarelawan Polis adalah suatu platform yang begitu
amat bernilai untuk mendekatkan hubungan antara orang awam dengan pihak polis
itu sendiri. Melalui pendedahan tugas dan juga ilmu kepolisan yang di pelajari
serta turut dipraktikkan akan memberi suatu gambaran tepat dan sebenar fungsi -
fungsi dan tugas semasa yang dilakukan oleh pihak polis.
SEJARAH PDRM DAN PASUKAN SUKARELAWAN POLIS
v 25
Mac 1807 - Pegawai
British pertama menjadi ketua polis berpangkat Sheriff.
v 1825 - Penubuhan
Burglar Guard di Melaka bagi mengawal keselamatan pelabuhan dan persekitarannya
ketika itu.
v 1856 - Negeri
Pulau Pinang, Melaka dan Singapura telah digabungkan dan wujudlah Straits
settlement of Police.
v 1874 - British
meluaskan jajahan takluknya di negeri Perak, Negeri Sembilan dan Pahang, serta
melengkapkan negeri - negeri tersebutu dengan pasukan polisnya.
v 1896 - Penubuhan
pasukan Polis negeri - negeri Tanah Melayu.
v 1946 - Malayan
Union digagaskan, dan Polis Tanah Melayu di tukar nama kepada Polis Malaya dan
beribu pejabat di Kuala Lumpur.
v 1948 -
Polis Malaya ditukar nama kepada Federation of Malaya Police.
v 1948 - Darurat di
Tanah Melayu, menyebabkan penubuhan Kawalan Keselamatan Kampung, Sukarelawan
Polis dan juga Polis Bantuan bagi menjaga keamanan negara dan juga aset - aset
pihak British sehinggalah tamatnya darurat.
v 1956 - Police
Volunteer Reserve (PVR) ditubuhkan secara rasmi lanjutan dan rentetan
kecemerlangan dan jasa - jasa dari peristiwa darurat dan bagi tujuan pengawasan
wujudlah Police Volunteer Regulations 1956.
v 1957 - Auxiliary
Police (AP) atau Polis Bantuan telah dimansuhkan oleh PDRM.
v 24
Julai 1958 -
DYMM Yang Dipertuan Agong memberi gelaran Di Raja (Royal)
v 16
Sept 1963 - Negara Malaysia ditubuhkan
dan semua pasukan polis di Sabah, Sarawak, Singapura, dan negeri-negeri di
Semenanjung digabungkan menjadi satu pasukan polis sahaja.
v 1965 - Polis
Singapura keluar dari pasukan kerana negara tersebut menjadi Republik yang
berasingan dari Malaysia.
v 1967 - Akta Polis
1967 diwujudkan selepas Singapura keluar dari Malaysiadan telah di draf pada
Tahun 1965. Akta tersebut setelah mendapat perkenan DYMM Agong ketika itu
menggunakan perkataan DiRaja kepada Pasukan PDRM (Tetap), Sukarelawan Polis dan
Polis Simpanan (bekas Pegawai Kanan PDRM bersara sehingga umur 60 tahun) -
Rujuk akta.
v 1970 - Polis
Bantuan telah diwujudkan semula dengan objektif yang berbeza berbanding tahun
1948, dan pada awalnya hanya syarikat - syarikat atau badan berkanun ekuiti
kerajaan sahaja yang layak menubuhkan pasukan polis bantuan sendiri.
0 comments: